DILEPASKAN SYARIKAT ANDA BEKERJA?
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPi_77MWPmKIIExR0NXm_mE28T4xYinoFZ5CovTWGkIPwgud01DxrlI1o6Y1eDZnaHIe1Hr0yCuKMPTZ1m475jUkLI6oT9lGpxNshZs-OEMSdIGsQQ75JRmorIwyF4BxIJAvuxBBtEyr4s/s200/1414188291187_wps_20_Businessman_sitting_at_de.jpg)
Kebelakangan ini kita ada mendengar yang sesetengah company swasta kini 'melepaskan' atau dalam erti kata lain menamatkan perkhidmatan pekerja mereka atas faktor2 yang tertentu. Tidak perlu saya menamakan sektor mana yang terjejas teruk atas trend kerana bagi mereka yang telah lama bekerja, mereka akan tahu. Ada sesetengah yang mudah untuk mendapatkan kerja lain atau paling tidak berusaha untuk mendapatkan rezeki buat bekalan hidup sehari2. Namun ada sesetengahnya juga yang akaun caruman mereka tidak lagi dicarum setelah tidak lagi berkhidmat. Apa pilihan yang mereka ada? Belumpun berumur 55 tahun namun tiada lagi caruman buat mereka. Salah satu pilihan yang ada menerusi platform yang boleh digunakan bagi Akaun 1 caruman anda. Anda boleh sahaja berpuas hati dengan dividen yang diterima setiap tahun, namun jika ada lagi pilihan untuk mengoptimumkan lagi amaun yang anda ada, mengapa tidak? Jangan salah konsep kerana anda tidak lagi bekerja, ini tidak dapat dilaku...