PELAN PERSARAAN

PELAN SELEPAS HARI PERSARAAN?

Ada pertanyaan dari beberapa client saya yang kurang jelas dengan situasi selepas dia bersara, apa akan jadi dengan pelaburan unit trust yang menggunakan wang caruman dia dari Acc 1 itu?

Sebenarnya dia boleh terus meneruskan pelaburan dia dalam unit trust itu selepas umur persaraan. Tiada restriction. Gunakan sebahagian duit yang dia ada untuk saraan hidup dan sebahagian lagi laburkan dalam unit trust bagi menjana 'passive income'.

Ya benar duit datang dan pergi dan boleh sahaja dihabiskan sekelip mata tapi dengan perancangan kewangan yang betul dia masih boleh menjana 'passive income' walaupun setelah bersara. Baguskan?

Bagi yang telah mengeluarkan duit caruman mereka untuk pelaburan unit trust, mereka ada pilihan selepas umur persaraan iaitu pengeluaran untuk akaun unit trust boleh dilakukan melalui syarikat unit trust seperti Public Mutual.

Untuk yang telah memilih skim pelaburan unit trust melalui skim caruman, kemukakan permohonan untuk mengeluarkan duit dan duit dari akaun unit trust itu akan dimasukkan semula ke dalam akaun wang caruman anda.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?