BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita definisikan tempoh matang. Saya mendefinisikan tempoh matang sebagai tempoh masa bila kita perlu keluarkan duit itu @ nak gunakan duit itu.

Dari definisi ini, tempoh matang perlu dikaitkan dengan tujuan simpanan/pelaburan unit trust kita.

Katakan kita melabur dalam unit trust melalui pengeluaran duit caruman Akaun 1 jadi kita perlu fahami terlebih dahulu tujuan pengeluaran itu. Ia bertujuan untuk gandakan duit caruman ke dalam unit trust memandangkan duit caruman tersebut tak boleh digunakan/dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.

Jadi dalam konteks ini, tempoh matang untuk duit pengeluaran caruman adalah pada umur 55 tahun. Biarkan duit itu berkembang dalam platform yang tepat dan enjoy hasilnya pada umur 55 tahun nanti.

Untuk simpanan unit trust lain seperti untuk simpanan pendidikan anak sama jugak. Fahami tujuan dan matlamat simpanan itu. Tujuan simpanan pendidikan anak adalah untuk menyediakan simpanan pendidikan bagi membiayai yuran universiti anak nanti. Jadi tempoh matang dalam kes ini adalah bila umur anak 18 tahun (umur masuk universiti).

Consultant unit trust akan bantu bangunkan plan dan setkan tempoh matang buat client mengikut tujuan simpanan client.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET