APA ITU "RINGGIT COST AVERAGING" (RCA)

Ia adalah kaedah bagi meminimumkan risiko dalam pelaburan berbanding membuat pelaburan dalam satu amaun yang besar. Cara ini kebiasaanya digunakan dalam Unit Trust (UT).

Sebagai contoh :
Anda laburkan RM200 setiap bulan berbanding RM2400 sekaligus.

Jika kita boleh ada keupayaan untuk menjangkakan harga pasaran, pelaburan akan menjadi lebih lancar dan mudah namun tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh buat macam tu (kecuali anda ada 'time machine' yang padu)

Jadi kaedah RCA yang akan kita guna untuk berhadapan dengan senario turun naik harga pasaran. Pelaburan secara tetap contohnya setiap bulan kita asingkan RM200 bagi pembelian unit.

Bila harga pasaran turun anda akan mendapat lebih unit. Jika harga pasaran naik akan dapat kurang unit. Jadikan ini sebagai 'practice' dan anda sentiasa membuat pembelian unit setiap bulan dan membeli pada harga purata. Secara tak langsung unit terkumpul semakin banyak.

Kelebihan kaedah RCA :

1) Risiko pada kadar minimum.
2) Pembelian unit hanya pada harga purata.
3) Sentiasa buat pembelian unit tanpa hiraukan turun naik harga pasaran.
4) Sesuai untuk pelabur baru yang baru berjinak2 dengan Unit Trust.
5) Tidak memerlukan amaun yang besar untuk memulakan pelaburan.
6) Sesuai untuk individu yang tidak mempunyai akaun caruman.
7) Pelaburan jangka panjang yang baik bagi mencapai matlamat kewangan.

Oleh itu ayuh mulakan pelaburan seawal mungkin dengan disiplin yang tinggi bagi mencapai matlamat kewangan anda 💰💰💰 Saya sedia membantu.



Sumber gambar : imoney.my

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?