TOP 3 KESILAPAN YANG PERLU DIELAK KETIKA SUDAH BERSARA

1) TIADA PERANCANGAN KEWANGAN YANG KHUSUS
- Tanpa perancangan kewangan yang baik, seseorang tidak dapat mengetahui sama ada perbelanjaan bulanan dia cukup atau tidak selepas bersara. Contohnya dalam lingkungan RM5,000 atau RM6,000 sebulan. Kalau anda tak tahu sama ada anda mampu untuk mengadakan sejumlah wang sebanyak itu ketika sudah bersara, berkemungkinan anda akan "over-spent", mungkin RM10,000 sebulan! Jadi risiko asset kewangan persaraan anda memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.

- Berkemungkinan juga anda akan "under-spent" dalam perbelanjaan bulanan di mana ini tidak akan membahagiakan anda, kritikal terhadap kekuatan jumlah persaraan.

2) TIADA PERTUMBUHAN KEWANGAN SELEPAS PERSARAAN. 
- Kebanyakan akan hanya meletakkan wang "all in one basket" contohnya ke dalam FD dan ia akan terdedah kepada risiko inflasi. Kita boleh lihat bagi 6% "interest rate", wang kita akan menjadi separuh selepas 12 tahun.

3) MENYELESAIKAN SEMUA PINJAMAN
- Menyelesaikan semua pinjaman yang mereka ada termasuk sebahagian "reasonable interest rate" pinjaman kereta atau hartanah. Bila kita sudah menyelesaikan semua pinjaman tersebut ketika sudah bersara dan kita tiada income bulanan, kita tidak akan layak untuk mendapat pinjaman kewangan lagi. Apa yang boleh dicadangkan di sini adalah untuk membayar pinjaman secara konsisten sementara "interest rate" masih rendah dan gunakan wang yang masih ada untuk membuat pelaburan dengan return yang tinggi di tempat lain. Apa yang penting adalah anda harus memastikan adanya "cash flow" yang cukup untuk membayar komitmen pinjaman yang masih ada.

Relatifnya agar sukar untuk kita tiada "active income" apabila sudah bersara. Lebih teruk jika asset persaraan tidak mengalami pertumbuhan yg optimum.

Boleh dicadangkan untuk jangan berhenti untuk menggandakan asset yang anda ada walaupun sudah bersara. Bila kita ada pertumbuhan asset kewangan yang mantap, kita akan ada better "life style" dan tidak cemas apabila berlaku sesuatu yang memerlukan komitmen kewangan yang tinggi pada satu-satu masa.

Persoalannya : Anda masih muda, apa tindakan anda sekarang?

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?