FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET



Sedikit penerangan ringkas tentang perbezaan antara Fixed Deposit dan Money Market. Berdasarkan lakaran kasar yang dibuat, kita andaikan kedua-dua Fixed Deposit (biru) dan Money Market (Ungu) memberi pulangan sebanyak 3% (RM300) dengan tempoh simpanan selama 12 bulan dengan permulaan sebanyak RM10,000.

Namun begitu, apa yang akan terjadi sekiranya anda terpaksa mengeluarkan sedikit duit sebanyak RM3,000 pada bulan ke 6 atas faktor kecemasan.

Simpanan Fixed Deposit
Jika anda tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan sedikit duit RM3,000 pada bulan ke 6, pihak bank TIDAK akan memberi pulangan sebanyak 3% iaitu RM300, malah anda terpaksa pula bermula semula simpanan Fixed Deposit sebanyak RM7,000 untuk baki 6 bulan terakhir. Untuk tempoh 6 bulan simpanan, pulangannya akan menjadi kurang dari 3%. Katakan hanya 2% setahun.
Jadi untuk baki RM7,000, anda hanya mendapat secara kiraan matematiknya 6/12 x 2% x RM7,000 - RM70.

Jumlah pulangan yang anda akan dapat hanyalah RM70!!

Money Market 
Kita lihat pula jika anda melabur ke dalam Money Market dengan jumlah yang sama sebanyak RM10,000 untuk tempoh 12 bulan. Pelaburan Money Market akan meningkat seiring dengan Net Asset value (NAV). Perbezaannya adalah di mana Money Market akan memulangkan modal dan faedah apabila ia matang dalam tempoh tersebut.

Berdasarkan senario yang sama, jika anda terpaksa mengeluarkan RM3,000, dapat dilihat bahawa hanya RM3,000 yang akan terjejas. Baki RM7,000 masih kekal dalam dana Money Market hingga tempoh 12 bulan penuh!

Anda masih memperoleh pulangan untuk 6 bulan (1Jan hingga 30Jun) dengan kiraan matematik 6/12 x 3% x RM3,000 = RM45

Jumlah pulangan yang akan diperoleh untuk tempoh 6 bulan sebanyak RM45.

Baki RM7,000 yang masih tinggal pula di dalam dana Money Market itu pula akan terus bersambung seperti biasa dalam tempoh 12 bulan penuh dan akan memperoleh sebanyak 3% x RM7,000 = RM210.

Jumlah pulangan bagi baki 3% dari RM7,000 adalah sebanyak RM210.

Jumlah pulangan yang dikumpul hasilnya adalah sebanyak RM45 + RM210 = RM255.

Di sini anda akan dapat melihat kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya simpanan anda diletak ke dalam dana Money Market berbanding Fixed Deposit.


Antara kelebihan lain Money Market :
1) Kelonggaran untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa dan tiada penalti akan dikenakan.
2) Entiti korporat yang meletakkan wang mereka ke dalam Fixed Deposit, hasil pulangan akan dikenakan cukai, namun jika meletakkan ke dalam Money Market, pulangan yang diperoleh tidak akan dikenakan cukai.






Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?