Sedikit penerangan ringkas tentang perbezaan antara Fixed Deposit dan Money Market . Berdasarkan lakaran kasar yang dibuat, kita andaikan kedua-dua Fixed Deposit (biru ) dan Money Market (Ungu) memberi pulangan sebanyak 3% ( RM300 ) dengan tempoh simpanan selama 12 bulan dengan permulaan sebanyak RM10,000 . Namun begitu, apa yang akan terjadi sekiranya anda terpaksa mengeluarkan sedikit duit sebanyak RM3,000 pada bulan ke 6 atas faktor kecemasan. Simpanan Fixed Deposit Jika anda tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan sedikit duit RM3,000 pada bulan ke 6, pihak bank TIDAK akan memberi pulangan sebanyak 3% iaitu RM300 , malah anda terpaksa pula bermula semula simpanan Fixed Deposit sebanyak RM7,000 untuk baki 6 bulan terakhir. Untuk tempoh 6 bulan simpanan, pulangannya akan menjadi kurang dari 3%. Katakan hanya 2% setahun. Jadi untuk baki RM7,000, anda hanya mendapat secara kiraan matematiknya 6/12 x 2% x RM7,000 - RM70. Jumlah pulangan yang anda akan dapat ...
Comments
Post a Comment