MERANCANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK


Pentingnya Merancang Tabung Pendidikan Anak

Ibubapa siapa yang tidak sayangkan anak-anak namun adakah ibu bapa di luar sana terfikir akan simpanan pendidikan buat anak-anak mereka? Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia satu tindakan yang bijak.

Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak. Sekarang, kos mendapatkan ijazah di universiti tempatan memerlukan lebih kurang RM30,000.

Dengan mengambil kira kadar inflasi 3% setahun, kos pengajian di universiti tempatan akan meningkat menjadi lebih RM46,000.

YA memang boleh buat pinjaman pendidikan namun kelak setiap bulan selepas tamat belajar anak-anak ini pula akan dibebankan pula untuk membayar hutang pinjaman. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa melihat anak kita terbeban dengan bayaran balik pinjaman pendidikan kelak?

Sebagai pilihan anda boleh menyimpan dalam unit trust untuk pendidikan anak. Dengan potensi pulangan yang tinggi untuk jangka masa panjang menjadikan ianya sangat sesuai untuk simpanan pendidikan anak. Untuk anak berumur kurang 5 tahun, simpanan bulanan serendah RM200 ke bawah sudah cukup untuk memperolehi simpanan RM100,000 ke atas.

Saya bersedia dan komited untuk bantu sediakan pelan simpanan pendidikan anak buat anda.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?