TAMAK & PANIK!!!



Sebenarnya bukan pelaburan itu yang menyebabkan kita rugi @ untung. Sikap TAMAK & PANIK itu yang menyebabkan kita rugi. 

Sikap sabar, konsisten & disiplin itu yang menyebabkan pelaburan kita untung. Sikap kita yang akan menentukan untung rugi pelaburan yang kita buat.


Dengan adanya plan & clear dengan matlamat pelaburan, kita pasti akan berdisiplin dan sabar dalam pelaburan kita. Kita istiqamah & sabar menyimpan setiap bulan untuk mencapai matlamat kewangan kita. 

Selagi tak capai matlamat kewangan, kita akan terus menyimpan sampai akhirnya kita akan menikmati hasil pelaburan kita. Ada exit plan yang jelas dalam fikiran mereka. Golongan ini yang akan mendapat keuntungan dalam pelaburan mereka.

Manakala mereka yang TAMAK akan memilih skim cepat kaya, percaya kepada scammer disebabkan nak untung cepat. Akhirnya mereka dalam kerugian apabila skim yang mereka join terkubur atau disita oleh pihak berkuasa. Menagis air mata darah pun sudah tidak bermakna lagi.

Ada juga yang melabur dalam skim pelaburan yang sah seperti unit trust & stocks tapi kerugian jugak sebab sikap PANIK. Panik bila market jatuh. Jadi gelabah dan akhirnya kerugian sebab jual pada harga murah. Ini akibatnya bila tiada exit plan dan tiada matlamat pelaburan yang jelas.

Sikap pelabur itu sendiri yang menyebabkan pelaburan mereka kerugian. Instrumen pelaburan itu hanyalah vehicle @ kenderaan yang akan membawa kita ke destinasi kewangan kita. Jadi fokus kepada destinasi kewangan kita. 

InsyaAllah pasti untung.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?