Posts

Showing posts from May, 2018

KEMUDAHAN 'SWITCHING' DALAM UNIT TRUST

Image
Apabila seseorang menyimpan dalam Unit Trust, apa akan jadi kalau dana yang kita simpan itu tak perform? Walaupun simpanan Unit Trust adalah simpanan untuk jangka masa panjang namun adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang consultant Unit Trust untuk sentiasa memantau akaun Unit Trust client mereka. Ini bagi memastikan yang akaun Unit Trust client sentiasa berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan client. Seperti yang selalu saya katakan, "It's all about your financial journey" . Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mampu meramalkan dengan tepat apa akan jadi pada masa akan datang kecuali anda mempunyai 'time machine'. Mungkin akaun Unit Trust perform sekarang namun belum tentu ia akan perform akan datang. Begitu juga sebaliknya. Yang penting jangan mudah panik. Unit Trust mempunyai kemudahan SWITCHING di mana jika akaun Unit Trust kita tak perform consultant Unit Trust boleh bantu buat switching ke dana Unit Trust lain yang ...

PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 2-AKHIR)

Image
Dalam bahagian pertama telah saya senaraikan beberapa point dalam membuat perbandingan tentang PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH. 1) Kecairan 2) Insuran 3) Kos 4) Penentuan Aset Bagi artikel kali ini, beberapa lagi penambahan point yang saya ingin kongsikan tentang perbandingan kedua-dua platform itu. 5) PERMULAAN PELABURAN - Instrumen yang diperlukan bagi permulaan simpanan Hartanah a) Bayaran pendahuluan besar sekurang-kurangnya 10%. Contohnya RM500,000 harta memerlukan RM50,000 sebagai pembayaran 'downpayment'. b) Tambahan dari pendahuluan yang sememangnya sudah besar, seseorang perlu  menyediakan sejumlah besar duti setem, yuran guaman dan yuran penilaian. Unit Amanah a) Terdapat dua platform bagi seseorang untuk memulakan simpanan unit amanah iaitu melalui wang tunai dan caruman simpanan pekerja. b) Permulaan bagi tunai adalah bermula sererndah RM1,000. Namun dalam mendapatkan pulangan yang lebih baik, disyorkan untuk menyimpan secara konsist...

PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 1)

Image
Ada beberapa instrumen atau platform yang selalu kita buat untuk menyimpan bagi mendapatkan pulangan dalam jangkamasa panjang. Kali ini saya akan membuat perbandingan di antara 2 instrumen tersebut iaitu PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH . Saya akan pecahkan dalam beberapa subjek utama bagi anda membuat kira-kiranya. 1- KECAIRAN - Senang untuk mendapatkan kembali amaun yang diperlukan dalam bentuk tunai Hartanah   a) Tidak mudah untuk menjual harta dan selalunya membawa kepada pihak yang ketiga untuk proses penjualan. b) Membawa kepada beberapa bulan untuk mendapatkan semula wang. c) Kecairan yang rendah. Unit Amanah a) Mudah untuk menjual dan membeli dalam kuantiti unit yang tertentu. b) Proses yang hanya mengambil masa beberapa hari jika lengkap segala dokumen. c) Kecairan yang tinggi. 2  - INSURANS Hartanah a) Perlu membeli insuran bagi melindungi dari kerosakan harta benda. b) Proses yang melibatkan kos tambahan. Unit Amanah a) Tidak ...

PELBAGAIKAN INSTRUMEN SIMPANAN ANDA

Image
"Diversification is the key to the smart investment practice" Kita lihat analogi yang paling mudah dalam kehidupan seharian. Selalunya telur disimpan dalam bekas atau 'sarang'.  Ada sebabnya kenapa pengilang telur melakukan 'packing' dengan cara sebegitu kerana secara fizikal telur itu sendiri mudah pecah dan mudah retak. Dalam erti kata mudah, ia untuk mengurangkan risiko supaya ia kemas dan dapat dijual dan mendapat hasilnya. Sekarang kita lihat pula dalam konteks kewangan. Bagi mengurangkan risiko kerugian, simpanan haruslah dipelbagaikan dalam beberapa platform supaya kita mendapat hasil dari sumber yang pelbagai maka ia adalah idea yang relevan untuk mendapat pulangan yang mantap. Tidak dapat dibayangkan jika simpanan diletakkan sepenuhnya dalam satu platform sahaja, maka jika rugi ia adalah total lost! Pelbagaikan simpanan wang kita ke dalam banyak tempat pasti kita dapat mengurangkan risiko kerugian disebabkan satu tempat yang rugi akan dilindun...

AKAUN 1 KE AKAUN 2? KONPIUSSSS

Image
Ada beberapa concern yang ditanyakan oleh mereka yang kini menjadi client saya.. "Sham, caruman aku sekarang nak bawak keluar untuk nak beli rumah dulu aaaaa, camna?" Usah risau. Sebenarnya gini ceritanya..Akaun Caruman terbahagi kepada dua Iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Bagi pengeluaran untuk pembelian rumah, pendidikan, kesihatan..itu semua menggunakan platform dalam Akaun 2. Berbeza pulak untuk pengeluaran bagi simpanan unit amanah/unit trust. Pengeluaran ini solid hanya untuk Akaun 1 caruman mereka sahaja. Oleh itu ianya tidak terganggu dari pengeluaran untuk pembelian rumah/pendidikan/kesihatan sebab ianya berlaku pada akaun yang berlainan.

UNIT TRUST BERISIKO?

Image
Selama saya menjadi seorang pelabur hampir 11 tahun dan kini sebagai seorang perunding unit trust, dapat dilihat bahawa tahap risiko sebenarnya adalah berkaitan dengan tempoh simpanan. Semakin lama tempoh simpanan, semakin rendah risiko simpanan kita di dalam unit trust. Ini kerana unit trust direka untuk simpanan jangka panjang. Jadi saya selalu menasihati para client saya agar fokus kepada matlamat simpanan jangka panjang. Enjoy your journey.. Tahap risiko bukan sahaja lebih rendah untuk tempoh simpanan jangka panjang, malah purata keuntungan yang diperolehi juga lebih tinggi berbanding dengan platform simpanan yang lain. Jadi saranan saya fokus kepada matlamat simpanan jangka panjang. Unit trust kurang berisiko jika kita simpan untuk jangka panjang.