PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 2-AKHIR)

Dalam bahagian pertama telah saya senaraikan beberapa point dalam membuat perbandingan tentang PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH.

1) Kecairan
2) Insuran
3) Kos
4) Penentuan Aset

Bagi artikel kali ini, beberapa lagi penambahan point yang saya ingin kongsikan tentang perbandingan kedua-dua platform itu.


5) PERMULAAN PELABURAN - Instrumen yang diperlukan bagi permulaan simpanan
Hartanah
a) Bayaran pendahuluan besar sekurang-kurangnya 10%. Contohnya RM500,000 harta memerlukan RM50,000 sebagai pembayaran 'downpayment'.
b) Tambahan dari pendahuluan yang sememangnya sudah besar, seseorang perlu  menyediakan sejumlah besar duti setem, yuran guaman dan yuran penilaian.

Unit Amanah
a) Terdapat dua platform bagi seseorang untuk memulakan simpanan unit amanah iaitu melalui wang tunai dan caruman simpanan pekerja.
b) Permulaan bagi tunai adalah bermula sererndah RM1,000. Namun dalam mendapatkan pulangan yang lebih baik, disyorkan untuk menyimpan secara konsisten (Direct Debit Instruction) setiap bulan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
c) Satu lagi alternatif jika seseorang tidak mempunyai tunai yang banyak, mereka boleh menggunakan Akaun 1 caruman simpanan mereka. Kaedah ini tidak mengganggu komitmen bulanan mereka dan ini salah satu cara untuk 'utilize' simpanan caruman bagi plan persaraan mereka.


6) KEPELBAGAIAN ASET - kaedah untuk menentukan aset disimpan bergantung kepada prestasi kewangan semasa
Hartanah
a) Hartanah adalah satu aset yang tetap dan tidak dapat dipindah lokasinya. Risiko pelaburan hartanah adalah bergantung 100% kepada keadaan sekeliling.
b) Jika lokasi tidak menarik, berkemungkinan harga tidak akan mencapai apa yang disasarkan.
c) Tidak boleh menukar ke jenis harta lain dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh dari Kondominium ke Rumah bertanah.

Unit Amanah
a) Kepelbagaian aset dalam simpanan unit amanah adalah kelebihan yang amat membantu. Ia tidak tertumpu kepada satu 'basket' sahaja.
b) Aset boleh dialih kepada pelbagai dana dan dialih ke sektor lain bagi mencapai target yang diinginkan.
c) Mudah menentukan jenis dana. Tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk melihat ciri-ciri yang berbeza.


7) PEMINDAHAN ASET - Bagi memindahkan aset ke ats nama orang lain
Hartanah
a) Mengambil proses yang amat panjang bagi melakukan pemindahan aset ke atas nama orang lain.
b) Melibatkan kos tambahan.
c) Proses yang mengambil masa bertahun jika ingin memecahkan harta ke bahagian yang lebih kecil. Selalunya melibatkan tanah yang belum dibangunkan lagi. Jika sudah dibangunkan, prosesnya amat panjang.

Unit Amanah
a) Proses yang amat mudah dalam  memindahkan unit kepada orang yang tersayang.
b) Tiada kerumitan untuk menangani peguam, ejen hartanah, pejabat tanah, dan sebagainya. Hanya perlu berunding dengan perunding unit amanah anda sahaja.


8) NILAI KEDUA
Hartanah
a) Nilai yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Melibatkan kos yang begitu tinggi bagi memulakan pelaburan.
b) Tidak mudah untuk mencari dan memutuskan sesuatu harta. Masa memakan dan agak rumit untuk pergi ke banyak tempat untuk melihat ciri-ciri yang berbeza.

Unit Amanah
a) Tiada isu nilai tangan kedua. Unit Amanah sentiasa baru.
b) Berunding dengan perunding unit amanah bagi menentukan GOAL anda dan tempoh yang diperlukan bagi mendapatkan pulangan yang berbaloi.


It's all about your journey.

Jika anda sudah memulakan journey anda, TAHNIAH!!
Bagi yang masih belum membuat keputusan, belum terlambat bagi anda memulakan. Jika masa kecil kita selalu didedahkan dengan amalan "Sikit-sikit lama jadi bukit", inilah masa yang terbaik untuk anda bermula.


Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?