PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 1)

Ada beberapa instrumen atau platform yang selalu kita buat untuk menyimpan bagi mendapatkan pulangan dalam jangkamasa panjang. Kali ini saya akan membuat perbandingan di antara 2 instrumen tersebut iaitu PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH. Saya akan pecahkan dalam beberapa subjek utama bagi anda membuat kira-kiranya.

1- KECAIRAN - Senang untuk mendapatkan kembali amaun yang diperlukan dalam bentuk tunai
Hartanah 
a) Tidak mudah untuk menjual harta dan selalunya membawa kepada pihak yang ketiga untuk proses penjualan.
b) Membawa kepada beberapa bulan untuk mendapatkan semula wang.
c) Kecairan yang rendah.

Unit Amanah
a) Mudah untuk menjual dan membeli dalam kuantiti unit yang tertentu.
b) Proses yang hanya mengambil masa beberapa hari jika lengkap segala dokumen.
c) Kecairan yang tinggi.


2  - INSURANS
Hartanah
a) Perlu membeli insuran bagi melindungi dari kerosakan harta benda.
b) Proses yang melibatkan kos tambahan.

Unit Amanah
a) Tidak perlu membeli insurans untuk melindungi harta benda.
b) Sebaliknya menerusi beberapa dana Unit Amanah, anda akan mendapat insurans percuma.

3 - KOS - Apa kos yang diperlukan bagi sebelum dan selepas
Hartanah 
a) Perlu menyediakan sejumlah besar duti setem, yuran guaman, yuran penilaian.
b) Bukan kos yang kecil sebelum pembelian hartanah.
c) Kos tambahan termasuk yuran penyelenggaraan selepas pembelian hartanah.
d) Melibatkan pinjaman yang besar dalam pembelian hartanah dan kena komited untuk pembayaran bulanan pinjaman.
e) Risiko rampasan dan lelongan jika tidak dapat membayar ansuran pinjaman.

Unit Amanah
a) Caj perkhidmatan awal yang rendah. Tiada duti setem & yuran guaman.
b) Tiada yuran penyelenggaraan secara berasingan dan sebarang yuran tidak akan ditolak daripada aset Unit Amanah.
c) Tidak perlu mengambil pinjaman dan komited untuk membayar ansuran bulanan. Hanya melaburkan apa yang anda miliki ke Unit Amanah.

4 - PENENTUAN ASET
Hartanah
a) Tidak mudah untuk mencari dan memutuskan sesuatu harta.
b) Memakan masa dan kerumitan untuk pergi ke banyak tempat untuk melihat ciri-ciri yang berbeza.

Unit Amanah
a) Mudah menentukan jenis dana. Tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk melihat ciri-ciri yang berbeza.
b) Boleh bertukar kepada jenis aset lain - ekuiti, bon atau pasaran wang. Malah ada semua jenis aset dalam satu dana.


Ikuti artikel saya yang seterusnya dalam bahagian kedua tentang perbandingan Pelaburan Hartanah dan Unit Amanah. 


Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?