Posts

Showing posts from July, 2018

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 2)

Image
...sambungan dari Bahagian 1. Sekali lagi TAHNIAH jika anda telah memulakan simpanan pelaburan. Anda harus menetapkan  GOAL  anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Di bawah adalah sambungan tentang apa yang perlu anda elakkan dari melakukan kesilapan berikut ketika membuat pelaburan : 1) Mengabaikan Matlamat Kewangan Anda Ini harus menjadi perkara paling buruk yang boleh anda lakukan semasa melabur. Jangan lupa bahawa anda melabur kerana anda perlu mencapai matlamat kewangan anda. Melabur tanpa matlamat adalah serupa dengan perjalanan tanpa destinasi. Jika anda mengabaikan matlamat kewangan anda, anda akan melabur di saluran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Contohnya, jika anda perlu mengumpul RM25,000 untuk membayar yuran anak anda tahun depan, masuk akal untuk memulakan pelaburan dalam deposit berulang setiap bulan atau meletakkan wang itu dalam simpanan tetap yang matang pada masa anda memerlukannya. Tetapi jika ...

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 1)

Image
Jika anda telah memulakan simpanan pelaburan, TAHNIAH diucapkan! Anda kini selangkah di hadapan kerana bertindak untuk memikirkan perancangan yang lebih advance dalam mencapai GOAL anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Namun setelah anda melabur, harus ada komunikasi yang berterusan dengan agen yang menguruskan simpanan pelaburan anda dan elakkan mengambil mudah segala point yang penting. Jangan membuatkan kesilapan mudah yang berikut ketika melabur : 1) Melabur Dalam Terlalu Banyak Fund Kepelbagaian pelaburan adalah sangat bagus namun kadang-kadang agak sukar untuk menguruskannya. Jalan terbaik adalah menyasarkan dalam tempoh tertentu lebihkan kosentrasi untuk fund tertentu dan secara konsisten uruskan dan sentiasa top up pelaburan simpanan itu. 2) Melabur Secara One Off Pada Satu Masa Melabur sejumlah besar dalam ekuiti agak rumit. Tidak ramai pelabur dapat mengendalikan emosi apabila pasaran tidak seperti yang diharapka...

PELAN SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK

Image
Perlu diakui simpanan pendidikan anak sangat penting kepada setiap ibu bapa. Kegagalan menyimpan untuk pendidikan anak akan merisikokan ibu bapa kepada banyak masalah di kemudian hari seperti kebergantungan kepada pinjaman pendidikan, kemudahan biasiswa, & kemungkinan tak dapat pinjaman pendidikan @ biasiswa. Jadi simpanan pendidikan sangatlah diperlukan untuk memastikan anak-anak kita kelak boleh menyambung pengajian mereka di universiti. Namun di mana tempat yang sesuai untuk buat simpanan pendidikan anak? Salah satu platform yang boleh digunakan adalah melalui simpanan Unit Amanah atau Unit trust. Ia berpotensi memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi dari simpanan biasa. Ia adalah pelaburan jangka sederhana & panjang. Jadi jika anak anda masih kecil lagi dan perlukan duit simpanan ini lagi 10 tahun, unit trust sangat sesuai untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Dengan leverage kepada kepakaran pengurus dana yang bertanggungjawab menguruskan dana unit trust, ...