KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 1)

Jika anda telah memulakan simpanan pelaburan, TAHNIAH diucapkan! Anda kini selangkah di hadapan kerana bertindak untuk memikirkan perancangan yang lebih advance dalam mencapai GOAL anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Namun setelah anda melabur, harus ada komunikasi yang berterusan dengan agen yang menguruskan simpanan pelaburan anda dan elakkan mengambil mudah segala point yang penting. Jangan membuatkan kesilapan mudah yang berikut ketika melabur :

1) Melabur Dalam Terlalu Banyak Fund

Kepelbagaian pelaburan adalah sangat bagus namun kadang-kadang agak sukar untuk menguruskannya. Jalan terbaik adalah menyasarkan dalam tempoh tertentu lebihkan kosentrasi untuk fund tertentu dan secara konsisten uruskan dan sentiasa top up pelaburan simpanan itu.


2) Melabur Secara One Off Pada Satu Masa

Melabur sejumlah besar dalam ekuiti agak rumit. Tidak ramai pelabur dapat mengendalikan emosi apabila pasaran tidak seperti yang diharapkan mereka. Anda mendedahkan diri anda kepada risiko masa. Cara terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan melabur secara konsisten sahaja. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".


3) Mencuba Kaedah Cuba Jaya Dengan Sasaran Masa Di Pasaran

Ini adalah pelabur yang memilih masa pelaburan mereka untuk memaksimumkan pulangan mereka. Ada yang lebih suka menjual pelaburan mereka apabila pasaran kelihatan terlalu mahal. Walau bagaimanapun, ia tidak berfungsi untuk sebahagian besar daripada mereka yang membiarkan sahaja di dalam pasaran. Ada yang terus menunggu pasaran untuk mendapat "correction market time" dan sebahagian menyesal kerana menjual terlalu awal.


...akan bersambung ke BAHAGIAN 2


Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?