KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 2)

...sambungan dari Bahagian 1.

Sekali lagi TAHNIAH jika anda telah memulakan simpanan pelaburan. Anda harus menetapkan GOAL anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Di bawah adalah sambungan tentang apa yang perlu anda elakkan dari melakukan kesilapan berikut ketika membuat pelaburan :



1) Mengabaikan Matlamat Kewangan Anda

Ini harus menjadi perkara paling buruk yang boleh anda lakukan semasa melabur. Jangan lupa bahawa anda melabur kerana anda perlu mencapai matlamat kewangan anda. Melabur tanpa matlamat adalah serupa dengan perjalanan tanpa destinasi.

Jika anda mengabaikan matlamat kewangan anda, anda akan melabur di saluran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Contohnya, jika anda perlu mengumpul RM25,000 untuk membayar yuran anak anda tahun depan, masuk akal untuk memulakan pelaburan dalam deposit berulang setiap bulan atau meletakkan wang itu dalam simpanan tetap yang matang pada masa anda memerlukannya. Tetapi jika anda melaburkan wang itu dalam dana bersama ekuiti, pasaran boleh memberi anda kejutan.


Perkara yang sama berlaku untuk pelaburan jangka panjang seperti persaraan. Saya tidak akan menyasarkan untuk pelaburan diletak ke dalam pelaburan yang memberi pulangan dividen kerana itu tidak akan mengoptimumkan pulangan yang lebih kukuh. 


2) Mengabaikan Profil Perisiko dan Peruntukan Aset

Ini bersesuaian dengan pasaran yang lemah. Pelabur terbawa-bawa dan menderita kerana takut hilang. Di Bull Market (Pasaran di mana harga saham meningkat, digalakkan untuk membeli) , pelabur dengan keupayaan mengambil risiko yang sederhana berada di bawah tekanan  mengabaikan profil risiko mereka dan melabur di saluran yang berisiko seperti dana ekuiti. Pasaran Bull Market terus mencatat imbangan memihak kepada ekuiti. 


Keadaan ini boleh membawa kepada kerugian yang besar sekiranya pasaran U-Turn, terutamanya apabila pelabur memilih smallcap dan midcap yang ditumpukan di tengah-tengah, sedikit kesilapan boleh mengakibatkan kehilangan yang telah dijana selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun.


3) Tiada "Review" Dari Pelabur

Jangan malas! Setiap pengurus dana mempunyai cara untuk mendapatkan wang untuk pelaburnya dan ditadbir oleh objektif bagi mendapat pulangan optimum. Cara paling baik adalah bekerjasama dengan agen anda bagi mendapatkan update dari semasa ke semasa tentang prestasi pelaburan simpanan anda. Buat review dengan agen dari semasa ke semasa, barulah sama-sama menang.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?