Posts

Unit Trust Bond Fund VS FD

Semua orang ada tujuan mengapa mereka menyimpan. Di sini saya kongsi serba sedikit perbandingan antara simpanan Dana Bon dan Deposit Tetap. Dana Bon: 1) Tidak mempunyai tempoh tetap (misalnya 6 bulan, 12 bulan, dll) 2) Aliran tunai adalah fleksibel. Boleh menambah atau mengeluarkan apa-apa amaun, pada bila-bila masa. 3) Tiada penalti untuk pengeluaran awal. 4) Faedah yang diperolehi dalam Dana Bon tidak boleh dikenakan cukai. 5) Nilai Aset Bersih berubah secara beransur-ansur sepanjang tempoh pelaburan. 6) Mudah beralih kepada jenis dana lain dengan mudah. 7) Pulangan berpotensi lebih tinggi berbanding dengan Deposit Tetap. 8) Mudah dikendalikan seperti yang boleh mempunyai hanya satu akaun untuk dana Bond. Boleh mempunyai banyak dana bon untuk kepelbagaian. 9) Dana Bon terdiri daripada banyak bon dengan syarikat yang berlainan, kadar kupon, tarikh kematangan, dan lain-lain. Pengurus Dana Bon boleh berdagang bon untuk memanfaatkan keadaan pasaran. 10) Pulangan tidak dijam

MANA AGEN SAYA?

Image
"Kalau terjadi apa2 kepada Agen/Consultant Unit Trust saya, apa akan jadi dengan duit dalam akaun unit trust saya?" Sering saya mendapat concern & persoalan sedemikian yang dilontarkan oleh client saya. Perlu difahami dengan jelas yang tugas seorang agen unit trust adalah untuk menjelaskan tentang Unit Trust dan apa yang client akan dapat dengan menyimpan dalam unit trust. Agen unit trust akan submit borang yang telah ditandatangi kepada syarikat unit trust. Jika berlaku apa2 kepada agen unit trust anda seperti kematian, kemalangan, jatuh sakit atau dah tak jadi agen lagi,  usah risau. Duit anda dalam akaun unit trust adalah selamat. Anda boleh boleh terus berurusan dengan mana-mana cawangan @ hubungi customer service syarikat unit trust untuk tahu update akaun anda. Kalau anda rasa leceh nak ke cawangan @ tiada masa untuk hubungi customer service, anda boleh buat pertukaran agen. Transfer akaun anda ke bawah agen kod saya. Saya akan mengendalikan urusan Un

BILA NAK PAKAI DUIT?

Image
SIMPANAN UNIT TRUST NI ADA TARIKH MATANG TAK?  Unit Trust tiada tempoh matang. Tempoh matang sebenarnya adalah exit plan client iaitu bila client nak pakai duit simpanan tu. Matlamat pentingnya simpanan adalah sesuatu yang perlu kita ingat selalu. Setiap orang ada matlamat yang berbeza seperti untuk PERSARAAN, PENDIDIKAN ANAK, PEMBELIAN RUMAH, SIMPANAN HAJI & sebagainya. Tanpa matlamat yang jelas, kemungkinan besar kita takkan fokus dan akan buat keputusan untuk keluarkan duit pada masa yang salah & menyebabkan kerugian. Saya akan guide client setkan matlamat yang bersesuaian dengan fasa kehidupan client. Maka dengan matlamat yang jelas memudahkan saya untuk cadangkan dana yang sesuai untuk keperluan simpanan client saya. Secara asasnya, dana unit trust dikelaskan kepada : 🔘 Money Market 🔘 Bond 🔘 Ekuiti Antara beza ketiga-tiga dana ini adalah TAHAP RISIKO .  Money Market mempunyai risiko paling rendah, diikuti Bond & Ekuiti pali

BERSARA DENGAN TENANG

Image
Anda sudah bersedia untuk bersara?   Pastikan keadaan kewangan anda stabil sebelum mengharungi alam persaraan. Dari kajian Khazanah Research Institute, purata simpanan KWSP bagi mereka dalam kumpulan umur 51 hingga 55 tahun hanya sekitar RM160,000. YA, sekitar RM160,000 dan mengikut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seorang pesara memerlukan anggaran RM228,000 selepas persaraan untuk menjana pelaburan pendapatan mencukupi untuk hidup di atas paras kemiskinan itu untuk tempoh 20 tahun selepas persaraan. Jadi..mana satu yg lebih baik? Sekitar RM160,000 ATAU RM228,000 ? Salah satu platform yang anda ada adalah Unit Amanah.  Pelaburan dalam unit amanah dapat membantu anda menambah pendapatan supaya kehidupan selepas bersara lebih terjamin. #unitamanah #sediasebelumbersara

SELAMAT ATAU TIDAK SIMPANAN PELABURAN UNIT TRUST?

Image
- Dalam bahasa yang mudah, UNIT AMANAH adalah satu pelaburan yg  selamat   dan sah di sisi undang-undang. - Ia sama seperti simpanan pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. - - Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut. KERANA?? - Ia berdaftar dengan Bank Negara Malaysia - Ia berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. - Ia dilindungi oleh Trustees sebagai pemegang amanah. >> Semua syarikat pengu

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 2)

Image
...sambungan dari Bahagian 1. Sekali lagi TAHNIAH jika anda telah memulakan simpanan pelaburan. Anda harus menetapkan  GOAL  anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Di bawah adalah sambungan tentang apa yang perlu anda elakkan dari melakukan kesilapan berikut ketika membuat pelaburan : 1) Mengabaikan Matlamat Kewangan Anda Ini harus menjadi perkara paling buruk yang boleh anda lakukan semasa melabur. Jangan lupa bahawa anda melabur kerana anda perlu mencapai matlamat kewangan anda. Melabur tanpa matlamat adalah serupa dengan perjalanan tanpa destinasi. Jika anda mengabaikan matlamat kewangan anda, anda akan melabur di saluran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Contohnya, jika anda perlu mengumpul RM25,000 untuk membayar yuran anak anda tahun depan, masuk akal untuk memulakan pelaburan dalam deposit berulang setiap bulan atau meletakkan wang itu dalam simpanan tetap yang matang pada masa anda memerlukannya. Tetapi jika anda mela

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 1)

Image
Jika anda telah memulakan simpanan pelaburan, TAHNIAH diucapkan! Anda kini selangkah di hadapan kerana bertindak untuk memikirkan perancangan yang lebih advance dalam mencapai GOAL anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Namun setelah anda melabur, harus ada komunikasi yang berterusan dengan agen yang menguruskan simpanan pelaburan anda dan elakkan mengambil mudah segala point yang penting. Jangan membuatkan kesilapan mudah yang berikut ketika melabur : 1) Melabur Dalam Terlalu Banyak Fund Kepelbagaian pelaburan adalah sangat bagus namun kadang-kadang agak sukar untuk menguruskannya. Jalan terbaik adalah menyasarkan dalam tempoh tertentu lebihkan kosentrasi untuk fund tertentu dan secara konsisten uruskan dan sentiasa top up pelaburan simpanan itu. 2) Melabur Secara One Off Pada Satu Masa Melabur sejumlah besar dalam ekuiti agak rumit. Tidak ramai pelabur dapat mengendalikan emosi apabila pasaran tidak seperti yang diharapka