BILA NAK PAKAI DUIT?
SIMPANAN UNIT TRUST NI ADA TARIKH MATANG TAK?
Unit Trust tiada tempoh matang. Tempoh matang sebenarnya adalah exit plan client iaitu bila client nak pakai duit simpanan tu.
Matlamat pentingnya simpanan adalah sesuatu yang perlu kita ingat selalu. Setiap orang ada matlamat yang berbeza seperti untuk PERSARAAN, PENDIDIKAN ANAK, PEMBELIAN RUMAH, SIMPANAN HAJI & sebagainya.
Tanpa matlamat yang jelas, kemungkinan besar kita takkan fokus dan akan buat keputusan untuk keluarkan duit pada masa yang salah & menyebabkan kerugian.
Saya akan guide client setkan matlamat yang bersesuaian dengan fasa kehidupan client. Maka dengan matlamat yang jelas memudahkan saya untuk cadangkan dana yang sesuai untuk keperluan simpanan client saya.
Secara asasnya, dana unit trust dikelaskan kepada :
π Money Market
π Bond
π Ekuiti
Antara beza ketiga-tiga dana ini adalah TAHAP RISIKO.
Money Market mempunyai risiko paling rendah, diikuti Bond & Ekuiti paling tinggi risiko.
Semakin tinggi risiko sesuatu dana itu, semakin tinggi potensi keuntungan yang dijanakan.
Kebiasaanya saya akan letakkan duit client mengikut tempoh simpanan client.
✔️ Kurang 3 tahun : Money Market (fokus lebih kepada pengekalan modal)
✔️ 3-5 tahun : Bond (fokus kepada pengagihan pendapatan/dividen)
✔️ > 5 tahun : Ekuiti (fokus kepada pertumbuhan modal simpanan)
Semakin tinggi tempoh simpanan, semakin tinggi risiko yang boleh client ambil.
Berminat menyimpan dalam unit trust, boleh hubungi saya di 0122221655.
#UnitTrust
#UnitTrustConsultant
Comments
Post a Comment