Posts

Showing posts from April, 2018

DAH RANCANG PERSARAAN?

Image
Setiap orang pasti akan bersara satu hari nanti. Ini adalah FAKTA. Umur persaraan wajib pekerja di Malaysia adalah 60 tahun. Jadi semua orang perlu merancang persaraan masing2 kerana ia pasti akan berlaku. Kegagalan merancang persaraan akan memungkinkan terjadinya beberapa situasi berikut : - Kebergantungan kepada anak & orang lain - Duit simpanan persaraan tak mencukupi - Terpaksa bekerja lagi seperti bawak grab, jadi security guard, berniaga kecil-kecan dan sebagainya Jadi bagaimana cara untuk kita merancang persaraan kita? Untuk merancang persaraan kita, ada 3 perkara yang kita perlu pertimbangkan : - Berapa umur kita sekarang? - Berapa tahun lagi tempoh nak bersara? - Berapakah jumlah perbelanjaan bulanan yang kita mahukan selepas bersara nanti? 3 soalan ini akan menjurus kepada pembinaan pelan simpanan persaraan anda. Unit Trust adalah platform simpanan yang sangat ideal untuk simpanan persaraan anda. Boleh PM saya untuk saya bantu anda membina pelan per...

TOP 3 KESILAPAN YANG PERLU DIELAK KETIKA SUDAH BERSARA

Image
1) TIADA PERANCANGAN KEWANGAN YANG KHUSUS - Tanpa perancangan kewangan yang baik, seseorang tidak dapat mengetahui sama ada perbelanjaan bulanan dia cukup atau tidak selepas bersara. Contohnya dalam lingkungan RM5,000 atau RM6,000 sebulan. Kalau anda tak tahu sama ada anda mampu untuk mengadakan sejumlah wang sebanyak itu ketika sudah bersara, berkemungkinan anda akan "over-spent", mungkin RM10,000 sebulan! Jadi risiko asset kewangan persaraan anda memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan. - Berkemungkinan juga anda akan "under-spent" dalam perbelanjaan bulanan di mana ini tidak akan membahagiakan anda, kritikal terhadap kekuatan jumlah persaraan. 2) TIADA PERTUMBUHAN KEWANGAN SELEPAS PERSARAAN.  - Kebanyakan akan hanya meletakkan wang "all in one basket" contohnya ke dalam FD dan ia akan terdedah kepada risiko inflasi. Kita boleh lihat bagi 6% "interest rate", wang kita akan menjadi separuh selepas 12 tahun. 3) MENYELESA...

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

Image
Terdapat beberapa kes (bukan semua) di mana cap jari sesetengah orang tertentu tidak jelas corak Pusat Pusar Cap jari (bukan pusar di bahagian tepi). Ini menyebabkan sistem pengecaman KWSP tidak dapat mengenalpasti cap jari seseorang itu. Ini seterusnya menyebabkan permohonan pelaburan melalui KWSP di tolak reject. Takkan nak redha dan pasrah je...?? Apa yang kita boleh buat adalah : 1- Dapatkan surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip di Jabatan Pendaftaran Negara. Langkah langkah terlibat ialah: 1- Pergi ke kaunter pertanyaan dan ambil nombor 2- Bawa sekali MyKad / Kad Pengenalan anda 3- Bayar RM5 untuk setiap dokumen Cetakan Maklumat Kandungan Cip So, anda kene submit semula permohonan pelaburan Unit Trust guna KWSP dan disertakan dengan surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip dari Jabatan Pendaftaran Negara ini. Perhatian Pelabur Unit Trust Guna KWSP: 1- Surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip ini bertahan selama SETAHUN dari tarikh dikeluarkan. Jadi pastikan anda buat l...

SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Image
Andaikata anda TIADA SIMPANAN pendidikan untuk anak-anak. 😥 😥 😥 😥 😥 Ketiadaan perancangan dan komitmen untuk menyimpan untuk pendidikan anak akan memaksa kita bergantung kepada pinjaman pendidikan yang akan membebankan anak nanti lepas dia mula kerja nanti. Ada orang lain masih membayar hutang pinjaman pendidikan hingga kini. Dari pengalaman ini, saya sedar pentingnya untuk menyimpan untuk pendidikan anak saya. Ayuh kita ubah. Rancang SIMPANAN PENDIDIKAN untuk anak anda mulai sekarang. Semakin awal anda mula menyimpan untuk anak anda, semakin kecil komitmen bulanan yang perlu disimpan dan berpotensi untuk mendapat simpanan yang lebih besar bila anak besar nanti disebakan kesan "compounding interest". Simpanan bulanan serendah RM100  jika dimulakan bila anak bawah umur 1 tahun mampu menyediakan simpanan lebih RM100,000. Dah cukup untuk biayai yuran pengajian anak. Unit Trust adalah satu platform yang sesuai untuk disimpan untuk simpanan pe...

APA ITU "RINGGIT COST AVERAGING" (RCA)

Image
Ia adalah kaedah bagi meminimumkan risiko dalam pelaburan berbanding membuat pelaburan dalam satu amaun yang besar. Cara ini kebiasaanya digunakan dalam Unit Trust (UT). Sebagai contoh : Anda laburkan RM200 setiap bulan berbanding RM2400 sekaligus. Jika kita boleh ada keupayaan untuk menjangkakan harga pasaran, pelaburan akan menjadi lebih lancar dan mudah namun tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh buat macam tu (kecuali anda ada 'time machine' yang padu) Jadi kaedah RCA yang akan kita guna untuk berhadapan dengan senario turun naik harga pasaran. Pelaburan secara tetap contohnya setiap bulan kita asingkan RM200 bagi pembelian unit. Bila harga pasaran turun anda akan mendapat lebih unit. Jika harga pasaran naik akan dapat kurang unit. Jadikan ini sebagai 'practice' dan anda sentiasa membuat pembelian unit setiap bulan dan membeli pada harga purata. Secara tak langsung unit terkumpul semakin banyak. Kelebihan kaedah RCA : 1) Risiko pada kadar minimu...

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?

Image
Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita definisikan tempoh matang. Saya mendefinisikan tempoh matang sebagai tempoh masa bila kita perlu keluarkan duit itu @ nak gunakan duit itu. Dari definisi ini, tempoh matang perlu dikaitkan dengan tujuan simpanan/pelaburan unit trust kita. Katakan kita melabur dalam unit trust melalui pengeluaran duit caruman Akaun 1 jadi kita perlu fahami terlebih dahulu tujuan pengeluaran itu. Ia bertujuan untuk gandakan duit caruman ke dalam unit trust memandangkan duit caruman tersebut tak boleh digunakan/dikeluarkan sehingga umur 55 tahun. Jadi dalam konteks ini, tempoh matang untuk duit pengeluaran caruman adalah pada umur 55 tahun . Biarkan duit itu berkembang dalam platform yang tepat dan enjoy hasilnya pada umur 55 tahun nanti. Untuk simpanan unit trust lain seperti untuk simpanan pendidikan anak sama jugak. Fahami tujuan dan matlamat simpanan itu. Tujuan simpanan pendidikan anak adalah untuk menyediakan simpanan pendidikan bagi membiayai yuran...

MENGENEPIKAN EMOSI KETIKA MELABUR

Keupayaan untuk membuat keputusan pelaburan yang baik memerlukan lebih daripada sekadar maklumat. Pelabur akan memerlukan minda yang jelas, disiplin yang baik dan tahap emosi tertentu dari pelaburan. Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelabur apabila mereka dipengaruhi oleh emosi adalah konsep "Buying High & Selling Low", yang bertentangan dengan pepatah yang sering disebut " Buying Low & Selling High ". Ini berlaku apabila trend menaik pasaran meningkatkan keyakinan dan memberikan rasa ketidaktentuan yang menggalakkan para pelabur membeli lebih banyak ketika harga naik. Oleh itu, membeli dan menjual di bawah pengaruh emosi dapat mengurangkan pulangan potensi pelabur. Lebih sering daripada tidak, pelabur akan lebih baik jika mereka memegang pelaburan mereka untuk jangka panjang. Untuk memastikan kejayaan portfolio jangka panjang, terdapat enam strategi yang berguna untuk mengekalkan emosi apabila melabur: 1) MEMILIKI RANCANGAN Menetapkan ...

KOMITMEN : PILIHAN ATAU KELUHAN?

Image
Dalam apa jua perniagaan, tak semua orang betul-betul fokus dengan apa yang mereka lakukan. Samalah dalam apa jua kerjaya kita, tanpa komitmen dan keinginan..kerja adalah sekadar kerja. Memang tak best berhadapan dengan situasi macam ni. Begitu juga dengan industri unit trust...agen datang dan pergi adalah perkara biasa. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima. Walaupun tidak enak untuk dinyatakan tapi ia benar2 berlaku. Tidak semua orang boleh menguruskan secara konsisten. Hanya yang benar-benar bermotivasi dan positif yang akan terus buat. "Engagement" antara agen dan client adalah sangat perlu kerana saya sendiri bermula sebagai seorang pelabur/client dan agen saya adalah aktif dan selalu memberi feedback apabila saya memerlukan jawapan atas apa jua persoalan terhadap pelaburan saya. Setakat ini dalam 30% dalam senarai list client saya yang saya uruskan kembali unit trust mereka kerana ditinggal oleh agen yang tidak aktif dan tidak komited. Kepada para client yan...

NAK INVEST TAPI TIADA MASA NAK PANTAU PELABURAN?

Image
Ramai orang yang nak invest dan tingkatkan nilai wang mereka tapi mereka tiada masa untuk pantau pelaburan mereka disebabkan oleh komitmen kerja harian. Tambahan pula, tiada pengetahuan yang mendalam tentang pelaburan membuatkan mereka melupakan hasrat mereka. Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Pengumuman baru-baru ini oleh badan pencarum dengan pengisytiharan sebanyak 6.9% (Simpanan Konvensional) dan 6.4% (Simpanan Syariah) adalah satu berita yang amat baik. Simpanan caruman anda dilaburkan dengan mendapat lebihan perolehan membolehkan simpanan hari persaraan mereka ada lebihannya. Satu lagi platform yang diberi kebenaran oleh Bank Negara dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah UNIT TRUST . Kini, dengan melabur dalam UNIT TRUST anda boleh tingkatkan nilai wang anda tanpa perlu pantau akaun anda hari-hari. Sebab apa? Sebab UNIT TRUST diuruskan oleh pengurus dana (Fund Manager) yang bekerja full time untuk memastikan dana yang anda laburkan sentiasa menjana ke...

ADAKAH SIMPANAN UNIT TRUST BOLEH DIKELUARKAN PADA BILA MASA SAHAJA?

Image
Beberapa client saya mempunyai persoalan ini. Mereka gusar untuk melabur dalam unit trust kerana dikhuatiri tak dapat untuk keluarkan duit mereka bila mereka perlukan. Sebenarnya duit dalam simpanan unit trust boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Namun perlu diingatkan ini hanya tertakluk kepada pelaburan unit trust menggunakan tunai dan bukan dari wang caruman anda ye! Salah satu kriteria atau ciri pelaburan yang baik adalah yang mempunyai daya kecairan yang tinggi.  Daya kecairan bermaksud kebolehan untuk menukarkan pelaburan itu kepada tunai. Dalam bahasa kasarnya boleh dapat duit tunai pada bila2 masa kita perlukan. Anytime! Ya. Unit Trust adalah salah satu bentuk pelaburan yang membolehkan kita keluar duit kita pada bila-bila masa sahaja. Jadi bila berlaku kecemasan dan kita perlukan duit, kita boleh keluarkan duit dari akaun unit trust kita bila2 masa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Semoga info kali ni dapat memb...