Posts

Showing posts from 2018

MANA AGEN SAYA?

Image
"Kalau terjadi apa2 kepada Agen/Consultant Unit Trust saya, apa akan jadi dengan duit dalam akaun unit trust saya?" Sering saya mendapat concern & persoalan sedemikian yang dilontarkan oleh client saya. Perlu difahami dengan jelas yang tugas seorang agen unit trust adalah untuk menjelaskan tentang Unit Trust dan apa yang client akan dapat dengan menyimpan dalam unit trust. Agen unit trust akan submit borang yang telah ditandatangi kepada syarikat unit trust. Jika berlaku apa2 kepada agen unit trust anda seperti kematian, kemalangan, jatuh sakit atau dah tak jadi agen lagi,  usah risau. Duit anda dalam akaun unit trust adalah selamat. Anda boleh boleh terus berurusan dengan mana-mana cawangan @ hubungi customer service syarikat unit trust untuk tahu update akaun anda. Kalau anda rasa leceh nak ke cawangan @ tiada masa untuk hubungi customer service, anda boleh buat pertukaran agen. Transfer akaun anda ke bawah agen kod saya. Saya akan mengendalikan urusan Un...

BILA NAK PAKAI DUIT?

Image
SIMPANAN UNIT TRUST NI ADA TARIKH MATANG TAK?  Unit Trust tiada tempoh matang. Tempoh matang sebenarnya adalah exit plan client iaitu bila client nak pakai duit simpanan tu. Matlamat pentingnya simpanan adalah sesuatu yang perlu kita ingat selalu. Setiap orang ada matlamat yang berbeza seperti untuk PERSARAAN, PENDIDIKAN ANAK, PEMBELIAN RUMAH, SIMPANAN HAJI & sebagainya. Tanpa matlamat yang jelas, kemungkinan besar kita takkan fokus dan akan buat keputusan untuk keluarkan duit pada masa yang salah & menyebabkan kerugian. Saya akan guide client setkan matlamat yang bersesuaian dengan fasa kehidupan client. Maka dengan matlamat yang jelas memudahkan saya untuk cadangkan dana yang sesuai untuk keperluan simpanan client saya. Secara asasnya, dana unit trust dikelaskan kepada : 🔘 Money Market 🔘 Bond 🔘 Ekuiti Antara beza ketiga-tiga dana ini adalah TAHAP RISIKO .  Money Market mempunyai risiko paling rendah, diikuti Bond & Ek...

BERSARA DENGAN TENANG

Image
Anda sudah bersedia untuk bersara?   Pastikan keadaan kewangan anda stabil sebelum mengharungi alam persaraan. Dari kajian Khazanah Research Institute, purata simpanan KWSP bagi mereka dalam kumpulan umur 51 hingga 55 tahun hanya sekitar RM160,000. YA, sekitar RM160,000 dan mengikut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seorang pesara memerlukan anggaran RM228,000 selepas persaraan untuk menjana pelaburan pendapatan mencukupi untuk hidup di atas paras kemiskinan itu untuk tempoh 20 tahun selepas persaraan. Jadi..mana satu yg lebih baik? Sekitar RM160,000 ATAU RM228,000 ? Salah satu platform yang anda ada adalah Unit Amanah.  Pelaburan dalam unit amanah dapat membantu anda menambah pendapatan supaya kehidupan selepas bersara lebih terjamin. #unitamanah #sediasebelumbersara

SELAMAT ATAU TIDAK SIMPANAN PELABURAN UNIT TRUST?

Image
- Dalam bahasa yang mudah, UNIT AMANAH adalah satu pelaburan yg  selamat   dan sah di sisi undang-undang. - Ia sama seperti simpanan pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. - - Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut. KERANA?? - Ia berdaftar dengan Bank Negara Malaysia - Ia berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. - Ia dilindungi oleh Trustees sebagai pemegang amanah. >> Semua syari...

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 2)

Image
...sambungan dari Bahagian 1. Sekali lagi TAHNIAH jika anda telah memulakan simpanan pelaburan. Anda harus menetapkan  GOAL  anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Di bawah adalah sambungan tentang apa yang perlu anda elakkan dari melakukan kesilapan berikut ketika membuat pelaburan : 1) Mengabaikan Matlamat Kewangan Anda Ini harus menjadi perkara paling buruk yang boleh anda lakukan semasa melabur. Jangan lupa bahawa anda melabur kerana anda perlu mencapai matlamat kewangan anda. Melabur tanpa matlamat adalah serupa dengan perjalanan tanpa destinasi. Jika anda mengabaikan matlamat kewangan anda, anda akan melabur di saluran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Contohnya, jika anda perlu mengumpul RM25,000 untuk membayar yuran anak anda tahun depan, masuk akal untuk memulakan pelaburan dalam deposit berulang setiap bulan atau meletakkan wang itu dalam simpanan tetap yang matang pada masa anda memerlukannya. Tetapi jika ...

KESILAPAN SEMASA MELABUR (BAHAGIAN 1)

Image
Jika anda telah memulakan simpanan pelaburan, TAHNIAH diucapkan! Anda kini selangkah di hadapan kerana bertindak untuk memikirkan perancangan yang lebih advance dalam mencapai GOAL anda dalam objektif pelaburan dan berapa banyak mana pulangan yang diinginkan. Namun setelah anda melabur, harus ada komunikasi yang berterusan dengan agen yang menguruskan simpanan pelaburan anda dan elakkan mengambil mudah segala point yang penting. Jangan membuatkan kesilapan mudah yang berikut ketika melabur : 1) Melabur Dalam Terlalu Banyak Fund Kepelbagaian pelaburan adalah sangat bagus namun kadang-kadang agak sukar untuk menguruskannya. Jalan terbaik adalah menyasarkan dalam tempoh tertentu lebihkan kosentrasi untuk fund tertentu dan secara konsisten uruskan dan sentiasa top up pelaburan simpanan itu. 2) Melabur Secara One Off Pada Satu Masa Melabur sejumlah besar dalam ekuiti agak rumit. Tidak ramai pelabur dapat mengendalikan emosi apabila pasaran tidak seperti yang diharapka...

PELAN SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK

Image
Perlu diakui simpanan pendidikan anak sangat penting kepada setiap ibu bapa. Kegagalan menyimpan untuk pendidikan anak akan merisikokan ibu bapa kepada banyak masalah di kemudian hari seperti kebergantungan kepada pinjaman pendidikan, kemudahan biasiswa, & kemungkinan tak dapat pinjaman pendidikan @ biasiswa. Jadi simpanan pendidikan sangatlah diperlukan untuk memastikan anak-anak kita kelak boleh menyambung pengajian mereka di universiti. Namun di mana tempat yang sesuai untuk buat simpanan pendidikan anak? Salah satu platform yang boleh digunakan adalah melalui simpanan Unit Amanah atau Unit trust. Ia berpotensi memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi dari simpanan biasa. Ia adalah pelaburan jangka sederhana & panjang. Jadi jika anak anda masih kecil lagi dan perlukan duit simpanan ini lagi 10 tahun, unit trust sangat sesuai untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Dengan leverage kepada kepakaran pengurus dana yang bertanggungjawab menguruskan dana unit trust, ...

STRATEGI RINGGIT COST AVERAGING

Image
Strategi Ringgit Cost Averaging adalah supaya meminimumkan risiko dalam pelaburan berbanding membuat pelaburan dalam satu amaun yang besar. Ini memerlukan kesabaran dan ketekunan. Bila harga pasaran turun client akan mendapat lebih unit. Jika harga pasaran naik akan dapat kurang unit. Jadikan ini sebagai 'practice' dan kita sentiasa membuat pembelian unit setiap 3 bulan (bagi caruman) dan setiap bulan bagi cash. Ini adalah supaya kita dapat membeli pada harga purata . Secara tak langsung unit terkumpul semakin banyak.

PLANNING YOUR GOALS (Credit to Public Mutual - English)

Image
Long term planning enhances short term decision making. Make sure you have a plan of your life in your hand..and that includes the financial plan and your GOALS!

MERANCANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK

Image
Pentingnya Merancang Tabung Pendidikan Anak Ibubapa siapa yang tidak sayangkan anak-anak namun adakah ibu bapa di luar sana terfikir akan simpanan pendidikan buat anak-anak mereka? Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia satu tindakan yang bijak. Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak. Sekarang, kos mendapatkan ijazah di universiti tempatan memerlukan lebih kurang RM30,000. Dengan mengambil kira kadar inflasi 3% setahun , kos pengajian di universiti tempatan akan meningkat menjadi lebih RM46,000. YA memang boleh buat pinjaman pendidikan namun kelak setiap bulan selepas tamat belajar anak-anak ini pula akan dibebankan pula untuk membayar hutang pinjaman. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa melihat anak kita terbeban dengan bayaran balik pinjaman pendidikan kelak? Sebagai pilihan anda boleh menyimpan dalam unit trust untuk pendidikan anak. Dengan potensi pulangan yang tinggi untuk jangka masa panjang menjadikan ianya s...

GANDAKAN WANG PERSARAAN

Image
Persaraan adalah masa untuk anda berehat, berehat dan menikmati. Dengan kenaikan kos sara hidup, sangat penting untuk dilengkapi secara kewangan untuk memulakan perjalanan ini dengan selesa. Ramai rakyat Malaysia bergantung kepada caruman mereka, tetapi telah terbukti bahawa simpanan caruman sahaja tidak mencukupi untuk menyokong anda sepanjang tahun keemasan anda. Rujuk artikel Berita Harian : https://www.bharian.com.my/node/153774 Berapa banyak yang perlu anda simpan? Ia semua bergantung kepada anda: 1) Umur semasa 2) Umur persaraan 3) Komitmen keluarga Fakta Membimbangkan Mengenai Simpanan Caruman : 1) 68% daripada pencarum  berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000. 2) Kelompok 20% terbawah pencarum mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909 3) Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun caruman yang aktif. 4) 70% pencarum yang...

STRATEGI UNTUK MENANG

Image
Main bolasepak pun ada strategi untk menang , inikan pula strategi untuk menyimpan untuk dapatkan pulangan yang optimum. Strategi mengoptimumkan pulangan bagi pelaburan simpanan tunai tidak sama dengan pelaburan simpanan caruman. Memang ia atas platform yang sama tapi yang membezakan adalah strategi sepanjang perjalanan. Dalam bolasepak kena rancang taktik untuk menang dengan bergaya, samalah dengan pelaburan..taktik dan teknik, bila dan apa perlu dibuat jika ada sebarang 'h iccup' dalam fund sebab kita tidak boleh bermain 'AGAK-AGAK'... Kedua2 pelabur dan konsultan kena sama2 jelas dengan apa yang dipersetujui , barulah sama2 boleh menang  👍

FIXED DEPOSIT vs MONEY MARKET

Image
Sedikit penerangan ringkas tentang perbezaan antara Fixed Deposit dan Money Market . Berdasarkan lakaran kasar yang dibuat, kita andaikan kedua-dua Fixed Deposit (biru ) dan Money Market (Ungu) memberi pulangan sebanyak 3%  ( RM300 ) dengan tempoh simpanan selama 12 bulan dengan permulaan sebanyak RM10,000 . Namun begitu, apa yang akan terjadi sekiranya anda terpaksa mengeluarkan sedikit duit sebanyak RM3,000 pada bulan ke 6 atas faktor kecemasan. Simpanan Fixed Deposit Jika anda tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan sedikit duit RM3,000 pada bulan ke 6, pihak bank TIDAK akan memberi pulangan sebanyak 3% iaitu RM300 , malah anda terpaksa pula bermula semula simpanan Fixed Deposit sebanyak RM7,000 untuk baki 6 bulan terakhir. Untuk tempoh 6 bulan simpanan, pulangannya akan menjadi kurang dari 3%. Katakan hanya 2% setahun. Jadi untuk baki RM7,000, anda hanya mendapat secara kiraan matematiknya 6/12 x 2% x RM7,000 - RM70. Jumlah pulangan yang anda akan dapat ...

KEMUDAHAN 'SWITCHING' DALAM UNIT TRUST

Image
Apabila seseorang menyimpan dalam Unit Trust, apa akan jadi kalau dana yang kita simpan itu tak perform? Walaupun simpanan Unit Trust adalah simpanan untuk jangka masa panjang namun adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang consultant Unit Trust untuk sentiasa memantau akaun Unit Trust client mereka. Ini bagi memastikan yang akaun Unit Trust client sentiasa berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan client. Seperti yang selalu saya katakan, "It's all about your financial journey" . Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mampu meramalkan dengan tepat apa akan jadi pada masa akan datang kecuali anda mempunyai 'time machine'. Mungkin akaun Unit Trust perform sekarang namun belum tentu ia akan perform akan datang. Begitu juga sebaliknya. Yang penting jangan mudah panik. Unit Trust mempunyai kemudahan SWITCHING di mana jika akaun Unit Trust kita tak perform consultant Unit Trust boleh bantu buat switching ke dana Unit Trust lain yang ...

PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 2-AKHIR)

Image
Dalam bahagian pertama telah saya senaraikan beberapa point dalam membuat perbandingan tentang PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH. 1) Kecairan 2) Insuran 3) Kos 4) Penentuan Aset Bagi artikel kali ini, beberapa lagi penambahan point yang saya ingin kongsikan tentang perbandingan kedua-dua platform itu. 5) PERMULAAN PELABURAN - Instrumen yang diperlukan bagi permulaan simpanan Hartanah a) Bayaran pendahuluan besar sekurang-kurangnya 10%. Contohnya RM500,000 harta memerlukan RM50,000 sebagai pembayaran 'downpayment'. b) Tambahan dari pendahuluan yang sememangnya sudah besar, seseorang perlu  menyediakan sejumlah besar duti setem, yuran guaman dan yuran penilaian. Unit Amanah a) Terdapat dua platform bagi seseorang untuk memulakan simpanan unit amanah iaitu melalui wang tunai dan caruman simpanan pekerja. b) Permulaan bagi tunai adalah bermula sererndah RM1,000. Namun dalam mendapatkan pulangan yang lebih baik, disyorkan untuk menyimpan secara konsist...

PERBEZAAN PELABURAN HARTANAH DAN SIMPANAN UNIT AMANAH (BAHAGIAN 1)

Image
Ada beberapa instrumen atau platform yang selalu kita buat untuk menyimpan bagi mendapatkan pulangan dalam jangkamasa panjang. Kali ini saya akan membuat perbandingan di antara 2 instrumen tersebut iaitu PELABURAN HARTANAH dan SIMPANAN UNIT AMANAH . Saya akan pecahkan dalam beberapa subjek utama bagi anda membuat kira-kiranya. 1- KECAIRAN - Senang untuk mendapatkan kembali amaun yang diperlukan dalam bentuk tunai Hartanah   a) Tidak mudah untuk menjual harta dan selalunya membawa kepada pihak yang ketiga untuk proses penjualan. b) Membawa kepada beberapa bulan untuk mendapatkan semula wang. c) Kecairan yang rendah. Unit Amanah a) Mudah untuk menjual dan membeli dalam kuantiti unit yang tertentu. b) Proses yang hanya mengambil masa beberapa hari jika lengkap segala dokumen. c) Kecairan yang tinggi. 2  - INSURANS Hartanah a) Perlu membeli insuran bagi melindungi dari kerosakan harta benda. b) Proses yang melibatkan kos tambahan. Unit Amanah a) Tidak ...

PELBAGAIKAN INSTRUMEN SIMPANAN ANDA

Image
"Diversification is the key to the smart investment practice" Kita lihat analogi yang paling mudah dalam kehidupan seharian. Selalunya telur disimpan dalam bekas atau 'sarang'.  Ada sebabnya kenapa pengilang telur melakukan 'packing' dengan cara sebegitu kerana secara fizikal telur itu sendiri mudah pecah dan mudah retak. Dalam erti kata mudah, ia untuk mengurangkan risiko supaya ia kemas dan dapat dijual dan mendapat hasilnya. Sekarang kita lihat pula dalam konteks kewangan. Bagi mengurangkan risiko kerugian, simpanan haruslah dipelbagaikan dalam beberapa platform supaya kita mendapat hasil dari sumber yang pelbagai maka ia adalah idea yang relevan untuk mendapat pulangan yang mantap. Tidak dapat dibayangkan jika simpanan diletakkan sepenuhnya dalam satu platform sahaja, maka jika rugi ia adalah total lost! Pelbagaikan simpanan wang kita ke dalam banyak tempat pasti kita dapat mengurangkan risiko kerugian disebabkan satu tempat yang rugi akan dilindun...

AKAUN 1 KE AKAUN 2? KONPIUSSSS

Image
Ada beberapa concern yang ditanyakan oleh mereka yang kini menjadi client saya.. "Sham, caruman aku sekarang nak bawak keluar untuk nak beli rumah dulu aaaaa, camna?" Usah risau. Sebenarnya gini ceritanya..Akaun Caruman terbahagi kepada dua Iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Bagi pengeluaran untuk pembelian rumah, pendidikan, kesihatan..itu semua menggunakan platform dalam Akaun 2. Berbeza pulak untuk pengeluaran bagi simpanan unit amanah/unit trust. Pengeluaran ini solid hanya untuk Akaun 1 caruman mereka sahaja. Oleh itu ianya tidak terganggu dari pengeluaran untuk pembelian rumah/pendidikan/kesihatan sebab ianya berlaku pada akaun yang berlainan.

UNIT TRUST BERISIKO?

Image
Selama saya menjadi seorang pelabur hampir 11 tahun dan kini sebagai seorang perunding unit trust, dapat dilihat bahawa tahap risiko sebenarnya adalah berkaitan dengan tempoh simpanan. Semakin lama tempoh simpanan, semakin rendah risiko simpanan kita di dalam unit trust. Ini kerana unit trust direka untuk simpanan jangka panjang. Jadi saya selalu menasihati para client saya agar fokus kepada matlamat simpanan jangka panjang. Enjoy your journey.. Tahap risiko bukan sahaja lebih rendah untuk tempoh simpanan jangka panjang, malah purata keuntungan yang diperolehi juga lebih tinggi berbanding dengan platform simpanan yang lain. Jadi saranan saya fokus kepada matlamat simpanan jangka panjang. Unit trust kurang berisiko jika kita simpan untuk jangka panjang.

DAH RANCANG PERSARAAN?

Image
Setiap orang pasti akan bersara satu hari nanti. Ini adalah FAKTA. Umur persaraan wajib pekerja di Malaysia adalah 60 tahun. Jadi semua orang perlu merancang persaraan masing2 kerana ia pasti akan berlaku. Kegagalan merancang persaraan akan memungkinkan terjadinya beberapa situasi berikut : - Kebergantungan kepada anak & orang lain - Duit simpanan persaraan tak mencukupi - Terpaksa bekerja lagi seperti bawak grab, jadi security guard, berniaga kecil-kecan dan sebagainya Jadi bagaimana cara untuk kita merancang persaraan kita? Untuk merancang persaraan kita, ada 3 perkara yang kita perlu pertimbangkan : - Berapa umur kita sekarang? - Berapa tahun lagi tempoh nak bersara? - Berapakah jumlah perbelanjaan bulanan yang kita mahukan selepas bersara nanti? 3 soalan ini akan menjurus kepada pembinaan pelan simpanan persaraan anda. Unit Trust adalah platform simpanan yang sangat ideal untuk simpanan persaraan anda. Boleh PM saya untuk saya bantu anda membina pelan per...

TOP 3 KESILAPAN YANG PERLU DIELAK KETIKA SUDAH BERSARA

Image
1) TIADA PERANCANGAN KEWANGAN YANG KHUSUS - Tanpa perancangan kewangan yang baik, seseorang tidak dapat mengetahui sama ada perbelanjaan bulanan dia cukup atau tidak selepas bersara. Contohnya dalam lingkungan RM5,000 atau RM6,000 sebulan. Kalau anda tak tahu sama ada anda mampu untuk mengadakan sejumlah wang sebanyak itu ketika sudah bersara, berkemungkinan anda akan "over-spent", mungkin RM10,000 sebulan! Jadi risiko asset kewangan persaraan anda memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan. - Berkemungkinan juga anda akan "under-spent" dalam perbelanjaan bulanan di mana ini tidak akan membahagiakan anda, kritikal terhadap kekuatan jumlah persaraan. 2) TIADA PERTUMBUHAN KEWANGAN SELEPAS PERSARAAN.  - Kebanyakan akan hanya meletakkan wang "all in one basket" contohnya ke dalam FD dan ia akan terdedah kepada risiko inflasi. Kita boleh lihat bagi 6% "interest rate", wang kita akan menjadi separuh selepas 12 tahun. 3) MENYELESA...

PERMOHONAN DITOLAK KERANA THUMBPRINT TAK CLEAR?

Image
Terdapat beberapa kes (bukan semua) di mana cap jari sesetengah orang tertentu tidak jelas corak Pusat Pusar Cap jari (bukan pusar di bahagian tepi). Ini menyebabkan sistem pengecaman KWSP tidak dapat mengenalpasti cap jari seseorang itu. Ini seterusnya menyebabkan permohonan pelaburan melalui KWSP di tolak reject. Takkan nak redha dan pasrah je...?? Apa yang kita boleh buat adalah : 1- Dapatkan surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip di Jabatan Pendaftaran Negara. Langkah langkah terlibat ialah: 1- Pergi ke kaunter pertanyaan dan ambil nombor 2- Bawa sekali MyKad / Kad Pengenalan anda 3- Bayar RM5 untuk setiap dokumen Cetakan Maklumat Kandungan Cip So, anda kene submit semula permohonan pelaburan Unit Trust guna KWSP dan disertakan dengan surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip dari Jabatan Pendaftaran Negara ini. Perhatian Pelabur Unit Trust Guna KWSP: 1- Surat Cetakan Maklumat Kandungan Cip ini bertahan selama SETAHUN dari tarikh dikeluarkan. Jadi pastikan anda buat l...

SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Image
Andaikata anda TIADA SIMPANAN pendidikan untuk anak-anak. 😥 😥 😥 😥 😥 Ketiadaan perancangan dan komitmen untuk menyimpan untuk pendidikan anak akan memaksa kita bergantung kepada pinjaman pendidikan yang akan membebankan anak nanti lepas dia mula kerja nanti. Ada orang lain masih membayar hutang pinjaman pendidikan hingga kini. Dari pengalaman ini, saya sedar pentingnya untuk menyimpan untuk pendidikan anak saya. Ayuh kita ubah. Rancang SIMPANAN PENDIDIKAN untuk anak anda mulai sekarang. Semakin awal anda mula menyimpan untuk anak anda, semakin kecil komitmen bulanan yang perlu disimpan dan berpotensi untuk mendapat simpanan yang lebih besar bila anak besar nanti disebakan kesan "compounding interest". Simpanan bulanan serendah RM100  jika dimulakan bila anak bawah umur 1 tahun mampu menyediakan simpanan lebih RM100,000. Dah cukup untuk biayai yuran pengajian anak. Unit Trust adalah satu platform yang sesuai untuk disimpan untuk simpanan pe...

APA ITU "RINGGIT COST AVERAGING" (RCA)

Image
Ia adalah kaedah bagi meminimumkan risiko dalam pelaburan berbanding membuat pelaburan dalam satu amaun yang besar. Cara ini kebiasaanya digunakan dalam Unit Trust (UT). Sebagai contoh : Anda laburkan RM200 setiap bulan berbanding RM2400 sekaligus. Jika kita boleh ada keupayaan untuk menjangkakan harga pasaran, pelaburan akan menjadi lebih lancar dan mudah namun tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh buat macam tu (kecuali anda ada 'time machine' yang padu) Jadi kaedah RCA yang akan kita guna untuk berhadapan dengan senario turun naik harga pasaran. Pelaburan secara tetap contohnya setiap bulan kita asingkan RM200 bagi pembelian unit. Bila harga pasaran turun anda akan mendapat lebih unit. Jika harga pasaran naik akan dapat kurang unit. Jadikan ini sebagai 'practice' dan anda sentiasa membuat pembelian unit setiap bulan dan membeli pada harga purata. Secara tak langsung unit terkumpul semakin banyak. Kelebihan kaedah RCA : 1) Risiko pada kadar minimu...

BILAKAH TEMPOH MATANG UNIT TRUST?

Image
Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita definisikan tempoh matang. Saya mendefinisikan tempoh matang sebagai tempoh masa bila kita perlu keluarkan duit itu @ nak gunakan duit itu. Dari definisi ini, tempoh matang perlu dikaitkan dengan tujuan simpanan/pelaburan unit trust kita. Katakan kita melabur dalam unit trust melalui pengeluaran duit caruman Akaun 1 jadi kita perlu fahami terlebih dahulu tujuan pengeluaran itu. Ia bertujuan untuk gandakan duit caruman ke dalam unit trust memandangkan duit caruman tersebut tak boleh digunakan/dikeluarkan sehingga umur 55 tahun. Jadi dalam konteks ini, tempoh matang untuk duit pengeluaran caruman adalah pada umur 55 tahun . Biarkan duit itu berkembang dalam platform yang tepat dan enjoy hasilnya pada umur 55 tahun nanti. Untuk simpanan unit trust lain seperti untuk simpanan pendidikan anak sama jugak. Fahami tujuan dan matlamat simpanan itu. Tujuan simpanan pendidikan anak adalah untuk menyediakan simpanan pendidikan bagi membiayai yuran...

MENGENEPIKAN EMOSI KETIKA MELABUR

Keupayaan untuk membuat keputusan pelaburan yang baik memerlukan lebih daripada sekadar maklumat. Pelabur akan memerlukan minda yang jelas, disiplin yang baik dan tahap emosi tertentu dari pelaburan. Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelabur apabila mereka dipengaruhi oleh emosi adalah konsep "Buying High & Selling Low", yang bertentangan dengan pepatah yang sering disebut " Buying Low & Selling High ". Ini berlaku apabila trend menaik pasaran meningkatkan keyakinan dan memberikan rasa ketidaktentuan yang menggalakkan para pelabur membeli lebih banyak ketika harga naik. Oleh itu, membeli dan menjual di bawah pengaruh emosi dapat mengurangkan pulangan potensi pelabur. Lebih sering daripada tidak, pelabur akan lebih baik jika mereka memegang pelaburan mereka untuk jangka panjang. Untuk memastikan kejayaan portfolio jangka panjang, terdapat enam strategi yang berguna untuk mengekalkan emosi apabila melabur: 1) MEMILIKI RANCANGAN Menetapkan ...

KOMITMEN : PILIHAN ATAU KELUHAN?

Image
Dalam apa jua perniagaan, tak semua orang betul-betul fokus dengan apa yang mereka lakukan. Samalah dalam apa jua kerjaya kita, tanpa komitmen dan keinginan..kerja adalah sekadar kerja. Memang tak best berhadapan dengan situasi macam ni. Begitu juga dengan industri unit trust...agen datang dan pergi adalah perkara biasa. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima. Walaupun tidak enak untuk dinyatakan tapi ia benar2 berlaku. Tidak semua orang boleh menguruskan secara konsisten. Hanya yang benar-benar bermotivasi dan positif yang akan terus buat. "Engagement" antara agen dan client adalah sangat perlu kerana saya sendiri bermula sebagai seorang pelabur/client dan agen saya adalah aktif dan selalu memberi feedback apabila saya memerlukan jawapan atas apa jua persoalan terhadap pelaburan saya. Setakat ini dalam 30% dalam senarai list client saya yang saya uruskan kembali unit trust mereka kerana ditinggal oleh agen yang tidak aktif dan tidak komited. Kepada para client yan...

NAK INVEST TAPI TIADA MASA NAK PANTAU PELABURAN?

Image
Ramai orang yang nak invest dan tingkatkan nilai wang mereka tapi mereka tiada masa untuk pantau pelaburan mereka disebabkan oleh komitmen kerja harian. Tambahan pula, tiada pengetahuan yang mendalam tentang pelaburan membuatkan mereka melupakan hasrat mereka. Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Pengumuman baru-baru ini oleh badan pencarum dengan pengisytiharan sebanyak 6.9% (Simpanan Konvensional) dan 6.4% (Simpanan Syariah) adalah satu berita yang amat baik. Simpanan caruman anda dilaburkan dengan mendapat lebihan perolehan membolehkan simpanan hari persaraan mereka ada lebihannya. Satu lagi platform yang diberi kebenaran oleh Bank Negara dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah UNIT TRUST . Kini, dengan melabur dalam UNIT TRUST anda boleh tingkatkan nilai wang anda tanpa perlu pantau akaun anda hari-hari. Sebab apa? Sebab UNIT TRUST diuruskan oleh pengurus dana (Fund Manager) yang bekerja full time untuk memastikan dana yang anda laburkan sentiasa menjana ke...

ADAKAH SIMPANAN UNIT TRUST BOLEH DIKELUARKAN PADA BILA MASA SAHAJA?

Image
Beberapa client saya mempunyai persoalan ini. Mereka gusar untuk melabur dalam unit trust kerana dikhuatiri tak dapat untuk keluarkan duit mereka bila mereka perlukan. Sebenarnya duit dalam simpanan unit trust boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Namun perlu diingatkan ini hanya tertakluk kepada pelaburan unit trust menggunakan tunai dan bukan dari wang caruman anda ye! Salah satu kriteria atau ciri pelaburan yang baik adalah yang mempunyai daya kecairan yang tinggi.  Daya kecairan bermaksud kebolehan untuk menukarkan pelaburan itu kepada tunai. Dalam bahasa kasarnya boleh dapat duit tunai pada bila2 masa kita perlukan. Anytime! Ya. Unit Trust adalah salah satu bentuk pelaburan yang membolehkan kita keluar duit kita pada bila-bila masa sahaja. Jadi bila berlaku kecemasan dan kita perlukan duit, kita boleh keluarkan duit dari akaun unit trust kita bila2 masa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Semoga info kali ni dapat memb...